COGAN KATA

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPONG GELAM
MELAKA


RAJIN USAHA JAYA

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam ini, bermatlamat untuk melahirkan anak-anak didik yang berkebolehan dalam kebanyakan bidang kehidupan
masyarakat setempat dan negara.
Lantaran itu setiap huruf yang dibawa oleh barisan cogan kata di atas ada memiliki maksud dan huraian tersendiri.
Di bawah ini dinyatakan maksud dan huraiannya secara ringkas:

Dalam kata "RAJIN" ,
'R' membawa maksud "Rasional"
Anak didik yang dilahirkan nanti mampu berfikiran rasional dalam menerima dan menyelesaikan sebarang masalah.

'A' membawa maksud "Akhlak"
Berakhlak mulia demi menjamin citra negara yang sihat dan bertamaddun tinggi.

'J' membawa maksud "Jiwa"
Bersih jiwa boleh menjamin keluhuran bangsa dan agama.

'I'  membawa maksud "Intelek"
Berpendidikan tinggi dan setanding dengan akhlak mulia yang boleh menjamin keseimbangan hidup di dunia dan di akhirat.

&

'N' membawa maksud "Nilai"
Menggambarkan hidup masyarakat Malaysia yang bernilai murni dan boleh dicontohi.

Dalam kata "USAHA" ,
'U' membawa maksud "Usaha"
Setiap kejayaan dan kecemerlangan itu mestilah didahului
dengan usaha dan ikhtiar yang kuat dan gigih.

'S' membawa maksud "Sederhana"
Sederhana dalam segala tindakan demi mengelak daripada keterlanjuran tindakan sehingga memungkinkan "Senjata makan tuan".

'A' membawa maksud "Amanah"
Jujur melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diperuntukan.

'H' membawa maksud "Hijrah"
Setiap rakyat wajarlah berhijrah daripada sikap yang merugikan kepada sikap yang positif dan proaktif

&

'A' membawa maksud "Ampuh"
Tegas dan teguh mengejar cita-cita demi membangunkan agama, bangsa, dan nusa.

Dalam kata "JAYA" ,
'J' membawa maksud "Jasa"
Hidup yang bermakna adalah hidup yang pernah berjasa Allah SWT, Negara, Masyarakat, dan Individu lain.

'A' membawa maksud "Akrab"
Sentiasa bersikap setiakawan/kekitaan serta sanggup berbaik dengan semua orang.

'Y' membawa maksud "Yakin"
Yakin diri danbersikap optimistik adalah suatu jalan mencapai kecemerlangan.

&

'A' membawa maksud "Akur"
Akur dengan segala rukun yang ditentukan oleh agama, adat resam, undang-undang negara dan peraturan masyarakat setempat.

aluan | sejarah | gambar sekolah | staf| aktiviti | cogan kata |
| home |