SEJARAH
SEKOLAH

  Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1884 dengan nama Sekolah Melayu Kampong Gelam, di atas arahan Pengelola Sekolah pada masa itu iaitu Tn. Hj. Abdul Jalil. Bangunan pertama sekolah ini hanya berdinding papan, berlantaikan tanah dan beratap nipah. jumlah murid pada ketika itu cuma 50 orang dengan 3 orang guru sahaja. Guru Besar pertamanya ialah Cikgu Sahudin.

      Pada tahun 1889, sekolah pertama ini dirobohkan kemudian digantikan dengan bangunan berbentuk baru. Tiang batunya dibina setinggi 4 kaki sahaja.

      Atapnya daripada genting dan berdinding separuh jalan sahaja. Jumlah murid pada ketika itu telah mencapai 100 orang. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada masa itu ialah:

                1. Cikgu Khamis
                2. Cikgu Hassan
                3. Cikgu Md Saad
                4. Cikgu Husin
                5. Cikgu Baba
                6. Cikgu Salleh
                7. Cikgu Maarof

       Pada tahun 1928 pula, sebuah bangunan sekolah yang lebih baik telah didirikan iaitu bangunan dua tingkat; bertiang batu penuh, memiliki tingkat berkisi, beratap genting, berlantai simen pada tingkat bawah dan berlantai kayu/papan pada tinkat atas. Tingkat bawahnya tidak berdinding, cuma yang nampak tiang-tiang batunya sahaja. Sebuah rumah guru telah dibina di dalam kawasan sekolah. Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat pada ketika itu ialah:

       1. Cikgu Rahman b Nayan
       2. Cikgu Baba b Omar
       3. Cikgu Zainal b Yusof
       4. Cikgu Jaafar b Alang
       5. Cikgu Haji Haron b Haji Ali
       6. Cikgu Md. Amin b Md Saad
       7. Cikgu Ismail b Haji Md. Nor
       8. Cikgu Ismail b Haji Md. Som
       9. Cikgu Md. Amin b Ab. Hamid
     10. Cikgu Latif b Bujang

       Pada tahun 1956, sekolah telah mendapat bangunan tambhan 4 bilik darjah dan dua buah rumah guru berkembar. Bangunan rumah guru ini, sekarang telah diubahsuai kepada sebuah bilik untuk Kemahiran Hidup dan sebuah lagi sebagai Bilik Muzik pada tahun 1992.

       Pada tahun 1975 pula, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan batu dua tingkat yang boleh menampung sembilan buah bilik darjah.

       Manakala pada tahun 1988, sekolah telah mendapat satu lagi bangunan yang didirikan setinggi empat tingkat bagi menggantikan bangunan lama - bangunan tahun 1928 dan tahun 1956 yang telah dirobohkan. Antara Guru Besar yang telah berkhidmat sejak daripada tarikh tersebut ialah:

            1. Tn. Haji Hashim b Rauf
            2. Tn. Haji Husin b Kassim
            3. Tn. Haji Omar b Muhammad (Drp.       - 31.12.88)
            4. Tn. Haji Othman b Haji Samat PBM, PBB
                 (Drp. 1.1.89 - 30.9.89)
            5. Tn. Haji Md Yassin b Haji Ab. Ghani (Drp.1.10.89 -
                 15.8.91)
            6. Tn. Haji Ab. Kahar b Dato' Tamby Chik  PMC,BKT,PJK
                 (Dpd. 16.8.91 - 2.1.97)
            7. Tn. Haji Amzah b Omar (Drp 3.1.97 -  6.3.98 )
            8. En. Hamzah b Othman (Drp.  1.4.98 -             )

       Pada bulan Ogos 1998, Sebuah bangunan tambahan 3 tingkat telah mula didirikan. Bangunan ini telah siap sepenuhnya pada bulan mei 1999 dan ia telah mula digunakan pada penggal kedua sesi persekolahan 1999. Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah. Blok bangunan ini mengandungi sebuah bilik komputer, sebuah makmal sains, sebuah kedai buku, sebuah bilik untuk kanak-kanak khas(akan dimulakan pada sessi persekolahan 2000), sebuah bilik stor sukan/spbt, beberapa bilik tandas untuk kegunaan murid & guru, dan 10 bilik darjah. Bangunan ini juga dilengkapi dengan kemudahan pemadam api jika berlakunya kebakaran.

Tingkat satu -   Bilik stor sukan/spbt
                           Tahun 3 progresif
                           Bilik kanak-kanak khas
                           Bilik makmal sains
                           Kedai buku
                           Bilik stor
                           Tandas guru

Tingkat dua -    Tahun 2 kreatif
                          Tahun 2 aktif
                          Tahun 2 inovatif
                          Tahun 2 progresif
                          Bilik stor
                          Tandas murid

Tingkat tiga -    Tahun 6 kreatif
                          Tahun 6 aktif
                          Tahun 6 inovatif
                          Tahun 6 progresif
                          Tahun 6 positif
                          Bilik stor
                          Tandas Murid
 
 
 

KEJAYAAN KURIKULUM:

Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam telah mencatatkan banyak kejayaan dalam bidang kurikulum ini sehingga telah meletakkan ramai lepasannya ke puncak jaya dalam kerjaya mereka.

Di antara tokoh-tokoh tempatan yang telah berjaya dalam kerjaya mereka hari ini termasuklah :

1. Yang Berbahagia Datuk Wira Ahmad Nordin bin Mohd Amin PPT, AMN, DCSM. (Pernah bersekolah di SKKG sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Lereh). - Kini telah mempunyai Syarikat Guaman sendiri.

2. Tuan Haji Saari bin Hassan PIS, AMN, BKT, KMN. - Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Tuan Haji Jamil bin Jantan - Pernah menyandang jawatan Pengarah Imigeresen Melaka.

4. Encik Khamis bin Idris - Pernah memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

5. Tuan Haji Rahim bin Haji Haron - Pernah memegang jawatan Pengurus Besar Pembangunan Pembinaan Melaka Sdn. Bhd. yang berjaya.

6. En. Yusof bin Tonin - Pengurus Agensi MCIS yang berjaya.

7. Tuan Haji Othman bin Haji Ahmad - Lt. Kolonel (B) Dan Pengurus Syarikat Perniagaan.

8. Tuan Haji Saadon bin Haji Ahmad - Pengusaha Restoran Barkat (Jualan utamanya - roti 'John)

9. En. Ali Hassan bin Che' Mat - Pengurus Felda.

10. En. Abdul Rahman bin Laham - Pengurus K.U.B.

11. En. Ariffin bin Haji Ismail - Doktor.

12. En. Yaakop bin Md. Som - Pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia.

13. En. Yunus bin Ahmad - Pengurus Besar Insurans.

14. En. Yahya bin Haji Ismail - Jurutera.

15. Tn. Haji Ahmad bin Zainal - Pengusaha Stesen Minyak.

16. En. Azmi bin Bakar - Pengusaha Stesen Minyak Esso.

17. Pn. Ramlah binti Adam - Profesor Madya Universiti Malaya.

18. Pn. Rohani binti Ahmad - Doktor.

19. Pn. Asmah binti Haji Wahab - Pengusaha Restoran Mesra Ria.

PENUTUP :

Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam akan berusaha memberi pendidikan yang maksimum kepada seluruh anak-anak didik berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara ((FPN) Dan Piagam Pelanggan Sekolah selaras dengan cogankata sekolah "RAJIN USAHA JAYA".
 
 

| aluan | sejarah | gambar sekolah | staf | aktiviti | cogan kata |
| |